Separation Anxiety ...


 


Separation anxiety adalah rasa kebimbangan apabila a perlu berpisah dengan individu yang rapat dengan kita.

Dalam situasi hari pertama persekolahan, separation anxiety adalah suatu perkara yang NORMAL.

Anak telah diprogramkan untuk rasa takut dan bimbang apabila berpisah dengan ibu bapa, begitu juga dengan ibu bapa sendiri.

Berasa bimbang itu biasa, ia menjadi keterlaluan apabila perasaan bimbang itu menjejaskan aktiviti anak di sekolah dna menjejaskan kehidupan seharian.
.

Walaupun kita rasa kejam tinggalkan anak yang tengah menangis, ibu ayah perlu faham bahawa kelakuan anak itu adalah normal.

Strategi untuk menangani separation anxiety

✅ Bercakap dengan anak mengenai perancangan semasa hari pertama persekolahan termasuk cara anda mengambil mereka selepas tamat sekolah

✅ Bawa mereka melawat kawasan sekolah beberapa hari sebelum persekolahan bermula

✅ Lakukan rutin istimewa untuk ucapkan selamat tinggal.

✅ Kawal emosi anda. Sila tunjukkan yang anda tenang dan ok

Jangan lupa rakamkan gambar kenangan untuk hari pertama persekolahan. Ia bakal menjadi khazanah berharga sebagai memori suatu hari nanti.